http:www.rosesweetgurl.blogspot.com

Friday, February 17, 2012

KETEBALAN HATI SANG PENCINTA

*orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu.yang dia tahu dihati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
*walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih dia tidak peduli!baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
*orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah
*orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini,dia ingin tahu kegiatan kamu.
*orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selamat pagi','selamat hari minggu','selamat tidur','take care'dan lain-lain lagi walaupun kamu tidak membalas SMS nya kerana dengan kirima SMS itulah dia menyatakan cintanya,menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan'aku CINTA padamu',tapi berselindung ayat selain kata cinta itu
*jika kamu menyambut harijadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan,setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS
*orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dilalui bersama kamu,bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya dan saat itu matanya pasti berkaca kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang semula
*orang yang mencintai kamu selalu mengigati setiap kata-kata yang kamu ucapkan bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya
*orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu bahkan mungkin meminjam CD milik kamu kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu,kesukaan kamu kesukaannya juga walaupun sukar meminati kesukaan kamu tapi akhirnya dia berjaya
*kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selsema atau batuk dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu kerana dia bimbangkan tentang kamu,peduli tentang kamu
*jika kamu menyatakan akan menghadapi ujian dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck'untuk memberikan semangat kepada kamu
*orang yang kamu mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa tetapi baginya barang itu sangat istimewa
*orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu sehingga kamu menjadi bingung.sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya
*orang yang selalu mencintai kamu ingin selalu berada dekat dengan kamu ingin menghabiskan hari-harinya bersama kamu
*jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang bole membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh
*di hatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu pernah dengar 'jauh di mata,dekat di hati'?
*orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih
*orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala.namun ketika kamu menyatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi
*jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang kurang cerdik!bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu.dia tidak pernah mengelak daripada menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaanmu
*kalau kamu melihat telefon bimbitnya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar peti simpanan mesej si dia.dia masih menyimpan SMS-SMS daripada kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu
*dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi mmenolaknya dia akan menyedarinya dan menghilang daripada kehidupan kamu,walaupun hal itu membunuh hatinya
*jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain,dia sentiasa memilih terus bersama kamu
*orang yang begitu mencintaimu tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan walaupun hatinya meronta ingin mengetahui kerana dia  tidak mahu kamu terbeban dengan kerenahnya.saat kamu pinta dia berlalu dia poergi tanpa menyalahkan kamu kerana dia benar2 mengerti apa itu cinta